Wednesday, 1 October 2014

Menganjurkan Pertandingan Lumba Bot di Sekolah

Berminat untuk anjurkan program lumba bot di sekolah cikgu? Kami akan sediakan mesin pemotong, mesin grinding dan mesin drill, kit untuk membuat bot, kolam lumba, 2 orang abang hansem yang membantu.

Seorang pelajar RM 14.50 sahaja (bergantung kepada minimum peserta)- Cikgu hanya perlu sediakan pelajar-pelajar yang berminat, air untuk kolam, elektrik dan juga wang . Pelajar yang menang akan diberi hadiah (kami sediakan) dan juga hak untuk berlagak sekejab (kami akan post di blog ini) dan yang kalah boleh bawak balik bot untuk tatapan ibubapa. Cuma jangan naik bot tersebut kerana tidak selamat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut: azcoedutech@gmail.com

Caranya mudah:

1. Sekolah tetapkan tarikh perlumbaan dan sediakan tempat untuk kolam dan tempat untuk mesin-mesin ini. Selalunya kami akan sediakan 20 buah mesin untuk pemotongan. Beberapa mesin lain untuk menebuk lubang dan melicinkan permukaan.


2. Kami juga akan menyediakan kit-kit perlumbaan untuk setiap peserta.
3. Selepas aktivit pemotongan, pelajar akan memasang motor dan propeller. Setelah semua siap kita akan berlumba.


4. Siapa yang sampai ke garisan penamat dulu akan menang.

Pelbagai konsep yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini seperti: menggunakan alatan berteknologi daripada Austria, melakar, memotong pelbagai bahan, mengaplikasikan litar elektrik dan aktiviti ini amat menyeronokan.

No comments:

Post a Comment