Kejadian soalan bocor untuk subjek sains UPSR telah menimbulkan pelbagai andaian daripada kesemua pihak terbabit. Ada yang mengatakan bahawa peperiksaan sangat penting bagi pelajar untuk mengukur tahap keupayaan mereka, ada juga mengambil pendekatan yang lebih agresif dengan mengatakan bahawa pelajar harus mendapat markah baik atau "A" bagi mendapat peluang ke sekolah yang baik dan ada juga pendapat mengatakan bahawa peperiksaan tidak penting dan mengakibatkan pelajar menjadi lebih tertekan.
Permasalahan disini ialah kedua-dua isu diatas tidak menekankan betapa pentingnya kualiti pembelajaran. Dari segi kualiti, sudah semestinya sistem berunsurkan pembelajaran berbentuk modular adalah lebih tepat kerana pelajar harus menyiapkan projek atau modul didalam sesuatu subjek. Seperti contoh, membuat projek berlandaskan elektrik akan memberikan pelajar lebih banyak informasi dan juga pengalaman "hands on" yang pasti akan memberi lebih banyak pengalaman dan permahaman mengenai sesuatu konsep.
Samada menggunakan pentaksiran atau peperiksaan hanyalah cara yang digunakan oleh pihak guru dan kementerian untuk menguji tahap murid tersebut. Namun tiada pihak yang melihat daripada aspek pembelajaran itu sendiri. Pada pendapat saya, Peperiksaan atau Pentaksiran adalah bagus, namun yang lebih baik lagi ialah memastikan pelajar benar-benar faham dan mendalami konsep subjek itu sendiri, penyediaan peralatan yang lebih terkini dan juga pelajar dapat belajar dengan tenang dan berdikari.
No comments:
Post a Comment