Friday, 24 October 2014

Pelajar menjalankan ekperimen yang "cool"- mengejar kereta solar cute me...

Pelajar SK Dengkil memang "cool" dan paling penting mempunyai sifat ekplorasi. Tabik kepada adik-adik semua. TQ GB Cikgu Latiff.

Daripada pihak Asco Edutech


Thursday, 23 October 2014

PROGRAM LUMBA BOT DI SK DENGKIL *memang best*

SK DENGKIL
 
Program Lumba Bot di SK Dengkil 23/10/2014. Peserta 110 orang pelajar. 20 mesin, 110 buah bot dan oleh kerana terlalu seronok, perlumbaan akan dimulakan esok. Besok saya akan update nama pemenang dan post gambar mereka.
 
Letih tetapi pengalaman yang saya mampu kongsikan dengan pelajar adalah amat memuaskan hati. Jumpa lagi tahun depan SK Dengkil. Korang semua memang "cool". Terima kasih GB Cikgu Latiff.

 
 
 
 
 




Monday, 20 October 2014

Kit untuk Tahun 4 dan 5 Reka Bentuk dan Teknologi

Kit yang terbaru dan sangat "cool".

Item ini kami cadangkan sebagai projek untuk subjek RBT Tahun 4 dan Tahun 5 - Asas Teknologi; Yang bestnya untuk tahun 4 RBT pasang kereta SUV gempak nie tanpa alat kawalan jauh (100% ikut standard pembelajaran) lepas tu untuk Tahun 5 guna item yang sama cuma install dia punya alat kawalan jauh (100 % ikut standard pembelajaran) Siap ada tali sawat lagi untuk 4WD. Settle. Kreatif kan. Siapa nak gunakan bas pun ok. Tapi kami dah discontinued Kit Bas kami, sebab kurang "cool". *joking*.
Dalam katalog kami juga ada senaraikan standard pembelajaran untuk tahun 4 dan tahun 5. Memang menepati silibus. Cuma bentuk tak sama macam bas. Download katalog kami disini


Thursday, 9 October 2014

Pembelian melalui LO

Cara-cara pembelian menggunakan LO.

 1. Sila pm kepada saya senarai item yang hendak dibeli, nama sekolah, alamat penghantaran, nombor contact dan email.
2. Saya akan keluarkan quotation kepada sekolah dan sekolah boleh keluarkan LO kepada Asco Edutech.
3. Selepas itu pos/email/hantar gambar LO kepada syarikat.
4. Saya akan menghantar peralatan bersama invoice/LO kepada sekolah. ...
5. Sekolah boleh proses LO kami dan sediakan cek. Kemudian bank in atau pos cek tersebut kepada kami.
6. Akhir sekali, jika saya berada di area sekolah cikgu saya akan belanja minum teh tarik sebagai tanda terima kasih.
7. Untuk LO kami akan charge 10% daripada harga asal untuk admin charge. Tapi tambah 10% pun kami jamin harga paling murah di pasaran. Sila download katalog ringkas kami dibawah.


https://drive.google.com/file/d/0B66Br7uV6AUSVU5paHBiX1plcHc/view?usp=sharing








Wednesday, 1 October 2014

Menganjurkan Pertandingan Lumba Bot di Sekolah

Berminat untuk anjurkan program lumba bot di sekolah cikgu? Kami akan sediakan mesin pemotong, mesin grinding dan mesin drill, kit untuk membuat bot, kolam lumba, 2 orang abang hansem yang membantu.

Seorang pelajar RM 14.50 sahaja (bergantung kepada minimum peserta)- Cikgu hanya perlu sediakan pelajar-pelajar yang berminat, air untuk kolam, elektrik dan juga wang . Pelajar yang menang akan diberi hadiah (kami sediakan) dan juga hak untuk berlagak sekejab (kami akan post di blog ini) dan yang kalah boleh bawak balik bot untuk tatapan ibubapa. Cuma jangan naik bot tersebut kerana tidak selamat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut: azcoedutech@gmail.com

Caranya mudah:

1. Sekolah tetapkan tarikh perlumbaan dan sediakan tempat untuk kolam dan tempat untuk mesin-mesin ini. Selalunya kami akan sediakan 20 buah mesin untuk pemotongan. Beberapa mesin lain untuk menebuk lubang dan melicinkan permukaan.


2. Kami juga akan menyediakan kit-kit perlumbaan untuk setiap peserta.
3. Selepas aktivit pemotongan, pelajar akan memasang motor dan propeller. Setelah semua siap kita akan berlumba.


4. Siapa yang sampai ke garisan penamat dulu akan menang.

Pelbagai konsep yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini seperti: menggunakan alatan berteknologi daripada Austria, melakar, memotong pelbagai bahan, mengaplikasikan litar elektrik dan aktiviti ini amat menyeronokan.

Saturday, 27 September 2014

Kereta Solar yang Cute

Kereta solar ini sangat kecil tetapi berfungsi untuk menerangkan mengenai konsep sains. Tetapi yang lebih penting ia amat "cute".


Monday, 22 September 2014

Sains

Sesiapa berminat - Kereta Hydrogen paling murah di dunia...RM 75.00 seunit - penghabisan stok tahun 2014. Harga asal RM 500++. Gila murah...
Kit kereta solar - RM 35.00...Harga asal RM 110.00++
Yang paling best ialah Kit untuk penyiasatan ala CSI (cop jari) - RM 80.00. Harga asal RM 400.00++
...
Kos pos ikut poslaju punya kiraan...tidak charge lebih...
Siapa cepat dia dapat.